RENUNGAN BERSAMA..From Muhd faisal Hassan
PENYAKIT HATI
Tanda-tanda penyakit hati:
1. Tidak minat belajar
2. Cinta kepada dunia melebihi segala-segalanya (berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai segala tujuan di dunia
3. Malas beribadat
4. Gemar/seronok untuk buat maksiat
5. Suka dipuji-puji dan bermegah-megah
"Tidak akan masuk syurga seseorang itu jika terdapat perasaan bangga dalam diri walaupun hanya sebesar biji sawi” ---Hadis Nabi---
CARA MERAWAT HATI:
1. Banyakkan berbuat ibadat
2. Banyakkan berzikir dapat membersihkan hati
“Janganlah kamu mengikut orang yang telah Kami lalaikan dan mengikut nafsu”
---Surah Al-Kahfi 28---
3. Melakukan Qiamullail
4. Banyakkan berpuasa
10 SEBAB DOA TIDAK DIKABULKAN
Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :
"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".
Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".
1.Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
2.Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3.Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
4.Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
5.Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke Syurga.
6.Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
7.Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
8.Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
9.Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
10.Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.
LIMA PERKARA YANG ELOK DISEBUT-SEBUT
5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
1. Perbanyakkan menyebut nama Allah daripada menyebut makhluk.
2. Perbanyakkan menyebut Akhirat daripada menyebut urusan dunia.
3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
5. Jangan menyebut-nyebut dan menampakkan keburukan atau keaiban diri orang lain.
ENAM PERSOALAN HIDUP
Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185). Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"(Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya. Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat, meeting dan sebagainya. Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.
BILA LIHAT KEBURUKAN ORANG.............
Kita memang mudah melihat keburukan orang lain dan teramat susah untuk melihat keburukan diri sendiri. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain, hendaklah kita kaitkannya dengan diri kita. Contoh: Sedang kita duduk di masjid, datang seorang pemuda dan sembahyang. Kita lihat pemuda itu solat tak khusyuk, badannya goyang sana goyang sini. Lalu hati kita pun berkata:" Apa la mamat ni, sembahyang tak khusyuk." Pada masa yg sama kita lupa yg kita sendiri pun sembahyang tak khusyuk! Kadang-kadang program untuk satu minggu pun kita boleh fikirkan masa tengah sembahyang. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain, hendaklah kita pastikan yg kita tidak melakukannya. Jika kita pun lakukan, maka hendaklah kita perbaiki diri kita. Selain itu, hendaklah kita lihat kebaikan orang lain. Macam contoh mamat tadi. Lihat kebaikannya. Hati kita akan berkata:"Bagus mamat ni, rajin datang masjid. Aku ni kadang-kadang je datang. Sembahyang Juamaat je aku selalu datang." Bila kita lihat kebaikan orang, hendaklah juga kita berusaha untuk baiki diri. Contoh 2: Masa kita dalam masjid tadi, datang pula seorang pakcik tua dan dia baca Qur'an. Kita dengar pakcik ni baca tersangkut-sangkut. Lalu hati kita pun berkata:" Apa la pakcik ni, baca Qur'an pun tak betul." Pada masa yg sama, kita lupa yg kita ni dah berbulan-bulan tak baca Qur'an. Oleh itu, hendaklah kita lihat kebaikannya bukan keburukan orang lain. Sepatutnya kita berkata:"Bagus pakcik ni, rajin baca Qur'an." Banyak lagi contoh-contoh lain. WaAllahu 'Alam....
12 GOLONGAN DI HARI AKHIRAT
Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-
1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."
BENTUK-BENTUK AKHLAK
Bentuk-bentuk akhlak dengan Allah :
1.Mengenal Allah dengan yakin
2.Merasakan kebesaran Allah
3.Merasa takut dengan siksaan Allah
4.Merasa sentiasa diawasi Allah
5.Merasa rendah diri terhadap Allah
6.Meredhai setiap takdir dan ketentuan-Nya
7.Sabar dengan ujian Allah
8.Mencintai Allah lebih daripada yang lain dan selalu mengingati-Nya
9.Tawakkal kepada Allah dan mengharapkan rahmat-Nya
10.Rindu kepada syurga dan pertemuannya dengan Allah
20 SIFAT WAJIB DAN MUSTAHIL
1. Wujud
Ertinya Allah itu ada. Mustahil Allah itu tiada dan bukti Allah itu ada ialah adanya alam ini. Tidak mungkin adanya sesuatu itu tanpa ada yang mengadakannya atau menjadikannya.
2. Qidam
Ertinya Allah itu tidak ada permulaan bagiNya. Mustahil Allah itu ada permulaan bagiNya, kerana kalau Allah itu ada permulaan makan samalah Ia dengan makhluk. Jika sama dengan makhluk makan Ia bukan Tuhan.
3. Baqa
Ertinya Allah itu kekal selama-lamanya. Mustahil Allah akan kekal binasa kerana jika Ia binasa makan alam ini tidak akan sempurna dan akan sama turut binasa. Allah kekal selama-lamanya kerana Ia tidak dijadikan tetapi Ia yang menjadikan sesuatu dan menyempurnakannya.
4. Mukhalafatuhu Lil Hawadis
Ertinya Allah tidak meyerupai dengan makhluk. Mustahil Allah menyerupai makhluk kerana Ia yang menjadikan makhluk, antara yang menjadikan dengan yang dijadikan sudah pasti berlainan.
5. Qiyamuhu Binafsihi
Ertinya Allah tidak memerlukan kepada yang lainnya. Mustahil Allah memerlukan kepada yang lainnya kerana jika Allah memerlukan kepada yang lain maka sudah tentu ia lemah, tidak sempurna dan Ianya bukan Tuhan.
6. Wahdaniyah
Ertinya Allah itu Maha Esa. Mustahil Allah berbilang-bilang (banyak) kerana jika ia berbilang sudah tentu akan terdapat perbezaan pendapat serta timbul pula perselisihan faham yang mengakibatkan kebinasaan alam ini.
7.Qudrat
Ertinya Allah itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah kerana jika Ia lemah maka sudah pasti alam ini tiada dana Ianya bukan Tuhan.
8. Iradat
Ertinya Allah menetapkan sesuatu mengikut kehandakNya. Mustahil Allah dipaksa kerana jika dipaksa Ia adalah lemah dan Ianya bukan Tuhan.
9. Ilmu
Ertinya Allah itu berpengetahuan. Ia mengetahui keseluruhannya samada yang telah dijadikanNya atau yang bakal dijadikanNya. Mustahil Allah itu tidak mengetahui atau bodoh kerana jika Ia bodoh sudah pasti Ia tidak dapat mengatur alam ini. Kejadian alam yang sempurna ini membuktikan Allah itu berpengetahuan yang tiada tolok bandingnya.
10. Hayat
Ertinya Allah itu bersifat dengan hidup. Mustahil Allah itu mati, jika Ia mati nescaya akan rosak binasalah alam ini kerana tiada yang hendak mengaturnya.
11. Sama'
Ertinya Allah mempunyai sifat mendengar. Mustahil Allah itu pekak atau tuli kerana pekak adalah sifat kekurangan. Maha suci Allah dari sifat kekurangan tersebut.
12. Basar
Ertinya Allah itu bersifat melihat. Mustahil Allah itu buta kerana buta itu sifat kekurangan. Maha suci Allah dari sifat kekurangan itu.
13. Kalam
Ertinya Allah itu bersifat dengan berkata-kata atau berfirman. Mustahil Allah itu bisu kerana jika ia bisu sudah pasti Ia tidak dapat memerintah dengan baik. Bukti Allah bersifat dengan berkata-kata itu seperti mana firmanNya yang terkandung di dalam Kitab Al Qur'an. Al Qur'an yang dibaca dan ditulis di atas mashaf itu adalah gambaran dari sifat Kalam yang Qadim yang berdiri atas zat yang Qadim iaitu zat Allah.
14. Kaunuhu Qaadiran
Ertinya Allah itu sentiasa bersifat dalam keadaan berkuasa. Mustahil Allah dalam keadaan lemah. Oleh kerana Allah mempunyai sifat kuasa makan Ia tetap dalam keadaan berkuasa dan tidak pernah berhenti walau sekejap.
15. Kaunuhu Muriidan
Ertinya Allah itu bersifat sentiasa dalam keadaan menghendaki. Mustahil Ia dalam keadaan dipaksa. Oleh kerana Allah mempunyai sifat kehendak maka Ia sentiasa dalam keadaan menghendaki.
16. Kaunuhu 'Aaliman
Ertinya Allah itu sentiasa dalam keadaan mengetahui. Mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap sentiasa bersifat dalam keadaan berilmu.
17. Kaunuhu Hayyan
Ertinya Allah itu bersifat tetap dalam keadaan hidup. Mustahil Ia dalam keadaan mati. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Hayat makan Ia sentiasa dalam keadaan hidup.
18. Kaunuhu Samii'an
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan mendengar. Mustahil Ia dalam keadaan tuli. Oleh kerana Allah mempunyai sifat mendengar maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan mendengar.
19. Kaunuhu Basiiran
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan melihat. Mustahil Ia dalam keadaan buta. Oleh kerana Allah mempunyai sifat melihat maka Ia sentiasa dalam keadaan melihat.
20. Kaunuhu Mutakalliman
Ertinya Allah itu sentiasa tetap bersifat dalam keadaan berkata-kata. Mustahil Ia dalam keadaan bisu. Oleh kerana Alla mempunya sifat berkata-kata maka Ia tetap dalam keadaan berfirman.
RUKUN ISLAM : 5 PERKARA
1. Mengucap Dua Kalimah Syhahadah
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya". Dengan syahadah kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari serta pengakuan dari lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu hanyalah Allah s.w.t. sahaja dan Nabi Muhammad itu adalah rasulNya.
2. Sembahyang 5 Waktu Sehari Semalam
Dengan menunaikan sembahyang kita telah mengabdikan seluruh jiwa dan raga kita menyembah kepadaNya. Dimulai dengan lidah yang menyebut, tangan yang bergerak, mata, telingan dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Rasulullah s.a.w
3. Berpuasa Di Bulan Ramadan
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu dan segala keinginan kita terhadap makanan, minuman dan menjauhi segala larangannya semata-mata kerana Allah. Ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
4. Mengeluarkan Zakat
Dengan mengeluarkan zakat kita telah mengabdikan diri kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.
5. Mengerjakan Haji Di Baitullah
Dengan mengerjakan haji kita telah membuktikan kepada Allah bahawa kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim yang sejati. Segala keperitan, dugaan dan cabaran diterima dengan rela dan sabar hanya semata-mata untuk Allah.
RUKUN IMAN : 6 PERKARA
1. Beriman Kepada Allah
Dengan Iman kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati hanya semata-mata kerana Allah. Secara positif kita menuju tauhid yang semurninya dan secara negatif menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.
2. Beriman Kepada Malaikat
Dengan iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya menurut perintah Allah. Secara positif kita mempercayai kepada alam ghaib yang diberitakan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan oleh Allah.
3. Beriman Kepada Kitab
Dengan beriman kepada kita suci kita mempercayai adanya kitab-kitab yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui utusanNya masing-masing bagi memimpin manusia ke jalan yang selamat dan kitab suci ini diakhiri dengan kitab suci al-Quran.
4. Beriman Kepada Nabi Dan Rasul
Dengan beriman kepada Nabi dan Rasul kita mempercayai adanya manusia polihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberikan petunjuk yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.
5. Beriman Kepada Hari Kiamat
Dengan iman kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.
6. Beriman Kepada Qada' dan Qadar
Dengan beriman kepada Qada dan Qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya.
TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP KEDUA IBUBAPA
1. Apabila keduanya memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.
2. Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan penggilan nama.
3. Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang mulia.
4. Anak mestilah berbicara dengan lemah lembut terhadap keduanya, jangan sesekali mengkasarinya atau berlaku biadap.
5. Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan keduanya.
6. Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus melaksanakannya dengan penuh taat selama suruhan itu tidak berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan penuh rasa hormat dan meminta maaf.
7. Bila berjalan bersama mereka maka anak harus berada di belakangnya.
8. Bila keduanya memerlukan layanan maka anak harus melayaninya dengan penuh rasa hormat walaupun kadang kala ibu bapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya.
9. Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan keduanya dan cuba untuk menggembirakan hati mereka.
10. Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka beritahulah keduanya dan mintalah izin.
11. Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.
12. Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini sebagai satu hukuman dan jangan menunjukan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya.
13. Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus memnyediakan sekadar kemampuan.
14. Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar kemampuan.
15. Setiap kali anda membuatkan mereka merasa sedih atau dukacita maka segeralah menyesal diatas keterlanjuran tersebut serta segera memohon kemaafan.
16. Jika anda sedang solat sunat tiba-tiba keduanya memanggil maka berhentilah dari solat dan sahutlah seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.
17. Anak mestilah rela terhadap keduanya sebagaimana ia merasa rela terhadap dirinya sendiri.
18. Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua orang tua.
19. Setiap kali berdoa anak mestilah mendoakan akan keampunan Allah terhadap kedua ibu bapanya dan berusahalah dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan sendiri.
20. Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang yang masih ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabat-sahabat keduanya. 21. Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat itu mengikut kemampuan anda.
By : Muhd Faisal Hassan
By : Muhd Faisal Hassan