Friday 21 January 2011

PERSIAPAN PROGRAM MOTIVASI "FIRST TOUCH"

Metting  dalam usaha membahagikan tugas masing 2...


~Perjalanan yang kami harungi bersama-sama dalam menjadikan tunjuk ajar yang diberikan oleh sifu kami En. Abdul Aziz bin Mohd Yatim bagi memastikan segala perjalanan program kami berjalan dengan lancar. Tunjuk ajar dan nasihat daripada En.Aziz kami sambut dengan cukup positif kerana ilmu ini adalah flatfom terbaik kami untuk menimba ilmu untuk menjadi seorang bakal KAUNSELOR yang terbaik daripada kalangan yang terbaik...syabas buat semua..~




Lokasi : Taman Bernam 13
Bertarikh : 15/1/2011
Masa : 3.30 pm

Kepala masing2 dah pening memikirkan plan yang terbaik untuk kumpulan kami lakukan nanti. walapuan agak pening, buah pikiran kami terus memikirkan hanya 'bahan-bahan' yang berkualiti sahaja kami akan bawa nanti.


 Lokasi : Bilik kuliah Taman Bernam 13

Semangat kami perlukan terhadap menerbitkan idea2 yang bernas dengan mengambil peluang apabila kelas EDU batal..so, apa lagi pikir2..


Kata2 dari ketua (Adib).."kawan2 sapa ada idea tu cepat bagi aku..kepala aku rasa dah nak pecah ni..


Walaupun penat, kami sempat bagi 'pose' yang terbaik untuk apabila mesyuarat kami dirakam oleh paparazi ..,hahaa..tp,aku releks je..pikir punya pikir sampai paparazi datang pun tak perasaan ni....


Gaya ketua yang menunjukan gaya kepimpinan yang begitu mantop membuatkan kami semua selesa bekejasama bagi menjayakan program ini...tahniah buat semua..Adib, Firdaus, Sya, Arina & Amek...


Lokasi : Bangunan E-Learning
Bertarikh : 17/1/2011 (2 hari selepas itu)...semangat tu..
Masa : 9.00-10.50 pm

Pada kali ini kami meneruskan perjalanan mesyuarat kami kali yang kedua di E-learning bersama bekal air masak sahaja..perbincangan dilakukan dalam mencari modul2 yang betul2 sesuai..yang rasa was2 tu reject awal2 lagi..hee..banyak gambr semasa mesyuarat diambil namun banyak yang hilang..entah terdelete ke sengaja delete ni kot..haaa..

Sebelum kami gerak2 ke  Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun in Tanjung Karang  tersebut kumpulan kami perlu menyiapkan paperwork yang terbaik untuk dipertonton kepada pengetua & kaunselor sekolah tersebut...so,agak pening gak la..namun semuanya berjalan dengan lancar....


 Lokasi : E-learning

~metting tamat buat sementara waktu~



SEKOLAH MENENGAH DATO HARUN

Bertarikh : 
Peta : http://wikimapia.org/7017426/ms/SMK-Dato-039-Harun

Perjalanan dari tanjong malim ke  Sekolah Menengah Kebangsaan  Dato' Harun Tanjung Karang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit...perjalanan bersama dengan keenam-enam ahli group kami dilalui dengan selamat dan jayanya walaupun hujan lebat yang memberkati kami sepanjang perjalanan...walaupun ketua kami (Adib) basah kuyup akibat hujan lebat, namun semangat yang diberikan amat mambuatkan kami bangga dan bersemangat menjayakan program ini...bangga aku waeeee....love u all,..





*BIODATA*
~Pengetua~

~En. Ruslan bin Bustani~

....beliau merupakan seorang pengetua yang mempunyai semangat dan komitment yang jitu untuk menjadikan warga Dato' Harun sebagai warga yang berilmu, berketrampilan, berdaya saing dalam semua aspek....pengalaman yang ada pada beliau kami jadikan contoh yang terbaik untuk terus berjaya pada masa akan datang....



 Lokasi : Bilik / Pejabat Pengetua

Perbincangan bersama Tuan Pengetua dilakukan bagi mendapatkan persetujuan bersama dengan pembentangan paperwork yang 'terbaik daripada kumpulan kami....segalanya berjalan dengan lancar sekali apabila kesepakatan yang berjaya ditunjukan oleh semua ahli kumpulan..


Perbincangan yang dilakukan dengan terperinci membuahkan hasil yang mana tarikh yang dicadangkan oleh kami iaitu pada 25-27 Feb 2011 (Jumaat, Sabtu & Ahad) telah diterima baik oleh pihak sekolah...syukur pada Mu Ya Allah  kami tujukan...melangkah keluar daripada bilik pengetua dengan semangat dan senyuman menuju ke bilik kaunselor untuk perbincanagan seterusnya dimana perjalanan yang bakal kami lalui nanti dipermudahkan oleh-Nya..aminnn...


Lokasi : Di kantin sekolah


Selesai sudah perbincagan yang dilakukan antara group kami bersama Tuan Pengetua dan Kaunselor dalam menjadikan program yang diimpikan menjadi suatu yang realiti...bukan 'glamor' yang kami cari...cuma ilmu dan perkara yang berguna yang bakal kami tinggalkan kepada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun Tanjung Karang kelak moga ia menjadi suatu yang amat berharga untuk diaplikasikan dalam setiap kehidupan mereka...terima kasih buat semua..syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinnya semuanya berjalan dengan lancar...

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu...siap je metting, kami semua dijamu makanan tengahari bersama guru kaunselor di kantin sekolah tersebut...sungguh sedap makanan yang disaji ni..syukur pada mu Ya Allah atas semua rezki ini...sesudah perut pun penuh...kami meminta izin untuk pulang ke Tanjong Malim (UPSI) denga hati yang senang, dengan penuh syukur...perjalanan yang dilalui cukup bermakna yang kami lalui untuk fasa pertama...apa2 pun ujian yang sebenar pada 25-27 Feb 2011 bakal kami hadapi nanti dengan penuh semangat....tunggu warga Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun Tanjung Karang, kami datang lagi kerana perjalanan sebuah ilmu...



Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun in Tanjung Karang
Add: Lot 24, Jalan Besar, 45500 Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 
 Tel: 03-32698151
http://www.smktdh.net/wp/

0 comments:

Post a Comment