Sunday 30 January 2011

Program "COUNSELORIZATION" oleh En. aziz Shah(T.O.T)

Lokasi : Makmal 7 (UPSI)
Tarikh : 28-30 Jan 2011
Ahli : Extrovert Sem 5/2011

Syukur alhamdulillah kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya kami bersama (Extrovert Sem 5/2011) telah berjaya melalui sepenuhnya program Program "COUNSELORIZATION"  T.O.T oleh En. aziz Shah selama 3hari (28-30 Jan 2011) berjalan dengan lancar dengan komitmen dan kerjasama oleh semua ahli extrovert sem 5/2011 amat membanggakan semua..syabas!! buat semua..kenangan manis ini tidak akan aku lupa sampai bila2..

Mengenai beberapa modul yang telah 'dipertontonkan' kepada kami cukup memberi kesan yang mendalam kepada group Extrovert....aku harap semua mengerti kenapa kita dianggap group Extrovert..tanya hati masing-masing...sebelum kita melabuh ke xtvt yg seterusnya..jom kita layan perjalanan sepanjang sesi T.O.T dari 28-30 Jan 2011 dengan penuh makna....pengalaman dan ilmu pemangkin langkah mu ke arah yang lebih gemilang!!!..


Hari Pertama, Jam 3.30 Petang (Jumaat)

Hari pertama menjalani sesi T.O.T ni kami pertama sekali diberi penerangan oleh GURU En.Aziz mengenai perjalanan seminar..yg tu salah satu 'disiplin' yang mesti kitaorang pahami dan patuhi agar segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah..penerimaan beliau untuk bersama-sama dengan kami selama 3hari 2 malam membuatkan membuatkan kami semua bersyukur kerana memilikinya...niat kami seterusnya akan diteruskan lagi selepas seminar T.O.T ni bersama pakar sebenar iaitu En. Abd. Aziz Mohd Yatim tidak lama lagi...apa2 pun perjalanan pertama akan kami jadikan tulang belakang untuk terus maju ke hadapan sebagai seorang kaunselor yang serba boleh..tungu kami 'anak-anak'!!!...
Pertama sekali kami diserapkan dengan terapi mengenali potensi diri terhadap keyakinan diri terhadap kebolehan masing-masing..mula2 tu segan la gak..pastu..fuh!...yakinnnn!!!..
Kusyuk sungguh bebudak ni mendengar pesanan daripada 'sifu' mengenai tahap potensi dari..walaupun semua dah besar2..namun tahap disiplin yang tinggi membuatkan aku bangga memiliki kamu semua..Contoh yang anda tunjukan wajar dijadikan teladan buat adik2 di luar sana nanti..
Tu dierrr..."kata yakin dan percaya dengan apa kamu katakan..ulang kata2 itu pasti apa yang dikatakan dan dihajati akan menjadi..insyallah jika anda fokus dan yakin"...kira ni salah satu fokus yang kami lakukan  terhadap keyakinan yang kami miliki..tgk tu..apa yang diaorang buat tu..asyik angkat anak jari tangan je..Apa yang diaorang buat ni???.....jom kita siasat..hee..
Kusyuknya..buat jangan xbuat ni saudara...fokus bukan main ni...hhaa..
Oooo..patut la...diaorang tengah buat terapi keyakinan diri terhadap kata2 yang diungkapkan..mereka mintak jari mereka panjang dan panjang..tu salah satu terapi bagi memperjelaskan bahawa setiap kata2 yang diungkapkan akan menjadi kenyataan jika bersungguh-sungguh mengulanginya..jom dengar kata2 mereka..hee..."Panjanglah jari kelingkingku"x1001...hebat mereka ni...bangga aku!!!....

Hari Kedua, Jam 8.30 Pagi (Sabtu)
'KEMBARA TUJUH"

Pada hari kedua ni kami yang teah dibahagikan kepada beberapa kumpulan sebelum ini menjalani "KEMBARA TUJUH" yang mana kami diberi arahan oleh fisalitator untuk mencari 7 jenis Tanah, 7 jenis Bunga, 7 jenis Binatang, 7 jenis Barang Berharga, 7 jenis Daun, 7 jenis Batu..kira semau TUJUH la..agak2 kamu susah tak?...so,tanya je xpenting..yang penting lakukan dulu baru kamu akan tahu...kesimpulannya, semangat daripada semua ahli kumpulan adalah fomula yang terbaik terhadap persoalan itu...
Setiap kumpulan yang membentangkan hasil mereka hampir 3 jam menerokai seluruh kampus UPSI mencari makna disebalik "KEMBARA TUJUH"...

"KEMBARA TUJUH" bukan atas nama sahaja...jika pada mulanya kita diberikan tugas tersebut untuk mendapatkan bahan2 yang serba 7 tu, kami buat je...pada asasnya kami anggap ia sebagai kerjasama dalam sebuah saja..namun....kami sedari bahawa apa yang tersirat dalam makna "KEMBARA TUJUH".cukup bermakna sekali...jika kita renungkan kembali bahawa ANGKA 7 itu cukup besar nilainya...Allah menjadiakan nombor 7 itu penuh dengan makna...Contohnya' 7 benda ajaib, 7 ajah serupa, 7 benua & sebagainya apabila kita mengkaji kembali bahawa setiap anugerah yang Allah katakan besar nikmatnya...


Hari Ketiga, Jam 8.30-3.00 Petang (Ahad)

Modul2 yang diterapkan oleh En.Aziz terhadap kami memberi kami makna yang cukup berharga yang tidak kami lupakan sampai bila2..ia akan kami jadikan suatu yang cukup bernilai untuk kami aplikasikan dalam hidup kami kelak...
Antaranya modul "HUMAN BLOK" yang diterapkan kepada kami merupakan modul yang cukup berkesan kepada kami...
"Berikan aku jalan untuk berjaya, aku nak berjaya seperti orang lain,..aku mahukannya..tolonglah aku kawan"!!...kata2 ini akan diluahkan kepada teman2 dan setiap orang akan melaluinya..eemm...ya Allah..aku mengerti..."aku perlu kuat menghadapi semuanya..."..
Apa2 pun jom kita tgk gambar di bawah..



Yang ni pulak antara modul2 yang diketengahkan oleh En.Aziz iaitu "WHO I'AM?"..Siapa aku?..di sini mereka diberikan tugas utk meluahkan apa yang ada pada diri masing2..so,kalu tgk gambar tu anda paham2 lah..nk lebih2 ni karang aku lak yang nangis ni..sob2...^_^

Yang ni antara modul yang terakhir yang kami jalani adalah tali benang yang diikat pada kami seperti dalam gambarajah di bawah ni...di situ kami disuruh berjalan dari libary ke makmal 7 tanpa memutuskan benang tersebut..kalau putus, kami kena berpatah balik ke lokasi asal..so,nak xnak kami kena bagi tumpuan dalam setiap ahli agar semua berjalan lancar..
Wajah-wajah yang bersemangat meneruskan perjalanan ke Makmal 7..sempat lagi bergambr tu!!


Selamat tiba di Makmal 7 dengan penuh semangat..akhirnya kami berjaya walaupun pada mulanya terpaksa bermandikan hujan..syabas buat semua..anda group Extrovert memang warga yang terpilih dikalangan yang terbaik..apa yang penting, kita semua mengenal erti ikatan persahabatan yang tidak akan luntur sampai bila2..love u forever..kekalkan semangat ini kawan2..


Akhir kata daripada program yang penuh bermakna dan bersejarah ni membuatkan kita semua semakin matang dalam menghadapi segala kemungkinan yang mendatang...pengalaman yang pertama ini sudah cukup buat kami semua bangkit daripada "kelesuan" yang sebelum ini menganggu "kebangkitan" kami..

Kata semangat daripada kami buat warga EXTROVERT...Jom hayati!..

1. Are you Ready?
- Yes, Yes ,yes

2. Who are You?
-Counselor!!!

3. where do You come From?
-Extrovert

4. What do You Want?
- Frenship,Unity and Successfull



0 comments:

Post a Comment